Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)

Tuan,

Nama Ahli: endroo G
No Ahli: 088888888
No. KP: 880208-14-8888
No Telefon: 012-3456789

Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat pertanyaan tentang menambah bilangan unit (top up funds) untuk pelaburan Amanah Saham 1Malaysia.

Saya difahamkan oleh cawangan ejen syarikat anda iaitu Maybank, bahawa unit yang diperuntukan untuk rakyat yang berbangsa Cina sudah habis manakala unit untuk rakyat berbangsa Melayu, India dan lain-lain bangsa masih ada banyak dan boleh “dibeli” serta-merta. Sebagai seorang rakyat Malaysia keturunan Cina yang menetap di tanahair ini, saya difahamkan oleh pegawai di cawangan bank tersebut bahawa saya tidak dapat menambah pelaburan saya buat masa ini. Saya juga digalakkan untuk mengunjungi cawangan ejen AS1M terdekat pada setiap hari (jika boleh) untuk mencuba nasib.

Ini menimbulkan satu persoalan iaitu: adakah Amanah Saham 1Malaysia betul-betul untuk kebaikkan rakyat Malaysia sejagat? Mana perginya semangat 1Malaysia dimana kelayakkan tidak dilihat dari segi bangsa seseorang?!
Saya berharap kemusykilan ini dapat dijelaskan. Sekian terima kasih.

Yang benar,

endroo G

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s